Friday, October 1, 2010

The Power of Love

Wonderful! Love it!!!
Dedicated to alll my lovely friends..
Let's enjoy this song...

The whispers in the morning
Of lovers sleeping tight
Are rolling like thunder now
As I look in your eyes

I hold on to your body
And feel each move you make
Your voice is warm and tender
A love that I could not forsake

'Cause I am your lady
And you are my man
Whenever you reach for me
I'll do all that I can

Lost is how I'm feeling lying in your arms
When the world outside's too
Much to take
That all ends when I'm with you

Even though there may be times
It seems I'm far away
Never wonder where I am
'Cause I am always by your side

We're heading for something
Somewhere I've never been
Sometimes I am frightened
But I'm ready to learn
Of the power of love

The sound of your heart beating
Made it clear
Suddenly the feeling that I can't go on
Is light years away

Special Heart
nawfasmohd
1/ Oct/ 2010

Thursday, September 30, 2010

Bila Hari Berganti..

....I regret i have only this lifetime to return all the love and understanding you gave me..

28 September, 2010,
Senja semakin menyerkup alam..memuntahkan warna kirmizi yang mendamaikan membiarkan aku keseorangan mencari wajah itu.. Sekitar kelihatan mendung dan membosankan tidak seperti kebanyakan hari yang berlalu minggu ini...segalanya sepi seolah hilang segalanya. Lalu aku mengambil ruang waktu ini untuk menilai kembali hari-hari yang telah aku tinggalkan. Terlalu banyak untuk di ingati, namun yang berlalu itu akan tinggal sebagai sejarah dan yang diingatan itu akan terus kekal sebagai kenangan.. Hari ini aku melewati usia ke 27 tahun dan masih bujang! Hari akan diteruskan dengan sepositif mungkin.. andai hari esok tiada lagi, biarlah hari ini menjadi yang terindah.

Salam sayang..
nawfasmohd
28/09/2010

Saturday, May 15, 2010

Menanti hari esok..


"
Beratnya hati ini...tetapi apakan daya aku terpaksa..."


Pada ketika ini aku tidak pasti perasaanku yang sebenar.. suka atau duka. Yang pasti, dada terasa sebak dan benak bagaikan dihimpit..Tuhan, hidup ini penuh dengan pencarian dan aku kadangkala tidak pasti apa yang dicari.. cuba untuk mencari kebahagian yang tidak pasti.. seringkali terjatuh dan tersungkur rebah.. Namun aku tidak pernah serik! Dan mungkin... pencarian ini akan berhasil?? dan aku akan tersenyum sepanjang hari, berdoa agar hujan tidak turun di tengah hari.. Tp yang terindah itu hanya sementara.. realistik Ver!

Akan ku teruskan langkah ini mencari kehidupan..
buat kali terakhir ingin ku mengucapkan semoga berbahagia selalu.. sekali ku melangkah biarlah ku teruskan perjalanan ini biarpun sendirian, hanya tuhan yang tahu dukalara hidup ini..

......kerana terluka aku kini terus berteman sepi....

Nawfasmohd
15 Mei 2010
12.35 AM

Thursday, March 25, 2010

Semua tentang kita

..........Time is so unkind

Waktu terasa semakin berlalu
Tinggalkan cerita tentang kita
Akan tiada lagi kini tawamu
Tuk hapuskan semua sepi di hati

Song : Semua tentang kita
By: Peter Pan

Nawfasmohd
25/03/10

Wednesday, March 17, 2010

TOP HOST TV3


Terlenakah aku tuhan...

Saya merasa terpanggil dengan seruan hati untuk memberikan sumbang bakti daripada anugerah bakat, kebolehan, dan kesungguhan diri yang tinggi berbekalkan keunikan suara dan keaslian personaliti. Eleman ini bersatu dan menjadi ramuan terbaik untuk diri ini merebut peluang dalam usaha untuk berkongsi kebolehan diri yang ada demi mengejar impian dan mencapai potensi diri yang maksima. Hasrat ini tidak pernah pudar biarpun meranjaui hari di bidang yang berbeza. unsur ini bersatu dengan segala peluang yang ada sehingga ke detik ini dan hadirnya TV3 bersama Top Host 2010 yang begitu lama saya nantikan, membilang hari semoga peluang terbaik ini hadir birpun untuk sedetik nafas! Segala keinginan ini akan saya terjemahkan kepada realiti dalam perjalanan menuju ke tempat yang ungggul. Restu dan iringan doa yang tidak pernah berakhir daripada teman sejiwa mengukuhkan hati ini peluang terindah dihadirkan TV3 ini akan berjaya saya gapai dan menjadi TOP HOST 2010 seterusnya mewarnai dunia dengan senyuman terindah!


Terlalu asyik mengejar bintang di langit...
Aku terlupa pasir di bumi..
MasyaAllah tersasar....
Aku terlepas peluang ini untuk ke TV3.
Aku kesal kerana karya ini tidak bepeluang pun untuk dinilai.
PTD! pemusnah segala!

Nawfasmohd

Friday, February 26, 2010

Nafas- nafas terakhir..

Kembali merasakan sesuatu..membawa aku untuk kembali ke sini.

Ku bawa jauh rasa ini kerana aku telah tahu kau bukan milikku
..

Ingin sekali aku mengambilnya dan menjadikannya hak milik.. Tuhan.. andai takdirnya semudah itu! hidup ini seolah terlalu sempurna.. Khayalankah yang aku buru..? Tidak..ini aku benar pasti. Mungkinkah apa yang sedang aku lalui ini akan menjadi mimpi yang sempurna.. Kehidupan disana pasti menjanjikan sesuatu dalam mencari mimpi yang sempurna. Mungkinkah ini yang terakhir kalinya..mungkin rasa ini akan turut sama pergi.. dan aku?? terus menantikan keajaiban bersama nafas-nafas terakhir!

Ada cerita tentang suatu masa..tentang aku..tentangnya.

Nawfas Mohd
25/02/10
11.49 pm

Sunday, January 17, 2010

Kehilangan..


Bagaikan gugur lumpuh segala tenaga lelaki yang masih berbekal ini..

Saat untuk aku kehilangannya semakin menghampiri.. Entah apa kuasa yang dimilikinya, setiap saat waktu yang diluangkan bersamanya bagaikan terhapus segala luka..segalanya indah seperti bintang yang menerangi segala kesedihan.. airmata seolah-oleh hilang arusnya. Terlalu bahagia untuk aku lukiskan biarpun menyedari mimpi dan realiti itu dua perkara yang berbeza.. Ya aku tidak akan pernah sampai ke puncak itu..tidak akan pernah! benar memilukan! Intan permata makin berkilau sinarnya, mata hanya mampu memandang mengutipnya sekadar menambah luka..andai aku tahu pertemuan ini sekadar menyakitkan tidak akan terus melayan perasaan sayang ini..


Biarku mengingatimu..biarku gantung harapan hingga sampai waktu....
Nafas terakhir ku...

Nawfas Mohd
Ahad/ 17 Jan 2010

Tuesday, January 12, 2010

Sepi tanpa rela

Tuhan, Izinkan aku untuk merasai keindahan itu biarpun hanya untuk senafas ini

Selama ini aku tidak pernah pasrah dengan takdir hidup ini, tidak pernah belajar untuk menerima ketentuan.. itu bererti aku membantah kerja tuhan..membantah kerja tuhan itu berdosa ver..
andai benar ini takdirnya...aku menerima ketentuan ini..sungguh benar aku menyayanginya dengan setiap darah yang mengalir ini dengan segala nafas yang berhembus. Nama terindah itu tidak pernah berhenti memenuhi renungan akal ini..mengapa mesti nama itu.

Luka di hati ini makin beredar waktu dan dipenuhi dunia yang penuh redha..


Kan ku bawa jauh rindu ini dan menjadi sepi tanpa rela..

Nawfas Mohd
3.45 PM

Sunday, January 10, 2010

Berakhirnya dunia..


Menikmati secawan teh panas di warong petronas terasanya hingga ke waktu ini.

Banyak yang dibicarakan..tentang kehidupan tentang semangat...aturan perjalanan..jodoh pertemuan. Sejenak membiarkan diri melayani hati kalanya begitu mengasyikkan. Rasa untuk menyintai seseorang itu bukan satu kesalahan aku kira. semua antara kita berhak untuk memiliki rasa itu.. mungkin kebahagiaan bagi sesetengah individu itu diperolehi dengan cara yang sebegitu. Hakikatnya bukan mudah untuk menyemai rasa itu....rasa cinta, rasa untuk dimiliki dan memiliki. Kerana itu semua diantara kita berhak untuk menikmati rasa itu dan mewarnai saat itu dengan keindahan walaupun perjalanan bahagia itu beranjau dan dikecapi dengan cara yang berbeza... dan mungkin ada yang senang untuk meneruskan kelangsungan hidup dengan kekal bersendirian.. itu juga hak mutlak seseorang itu. Jangan kita terus menerjah mereka dengan persoalan-persoalan yang sukar untuk mencari jawapannya.

Tinggalkan fikiran kita yang primitif itu...
Sekali melangkah kita akan terus melangkah.....

Saturday, January 9, 2010

Mencari Mimpi

Mencari Mimpi

Sepanjang perjalanan
Meniti kehidupan
Kucari mimpi-mimpi
Tak pernah kutemui

Umpama pengembara
Kuhadapi segalanya
Walau sering terkecewa

Sekali ku melangkah
Aku kan terus melangkah
Biarpun kusedari
Ku meniti pelangi

Kerana keindahan
Warnanya mempesona
Kelabu pandangan mata...

Lingkungan warna-warna indah
Biar seketika
Pelangi di langit yang muram
Mengasyikkan...

Sejenak kubiarkan diri
Melayani hati
Mencari mimpi-mimpi indah
Sia-sia

Seumpama...
Pengembara...
Terpedaya...

Sunday, January 3, 2010

I Surrender..

New Year Jan 2010

There's so much life I've left to live
And this fire is burning still
When I watch you look at me
I think I could find the will
To stand for every dream
And forsake this solid ground
And give up this fear within
Of what would happen if they ever knew
I'm in love with you

Lyrics: I surrender
Celine Dion

Saturday, January 2, 2010

Trilogiknya perasaan

Perasaan...

Satu rasa yang seringkali kita renungi dengan akal dan terjemahan fikiran apakah ironinya kewujudan perasaan pada naluri ciptaan tuhan yang bernama INSAN. Perasaan hadir dalam pelbagai keadaan, berbeza waktu, bersama ketika... sekali ia menerawangi hati, tiada siapa yang mampu menghalanginya, hanya kuasa Allah sahaja yang mampu mengakhiri rasa itu.
Anugerah perasaan itulah yang melahirkan rasa cinta..bahagia dan kasih sayang sesama insan. Dari anugerah perasaan itu jugalah manusia menyambung kehidupan, melahirkan wajah kehidupan...lahirnya usia yang berpanjangan dan rezeki yang berterusan. Dari anugerah itu jugalah manusia merasakan kesedihan..kekecewaan dan kelukaan...kerana itu jangan pernah kita menyesali pada kehadiran perasaan, belajarlah untuk menerima rasa itu biarpun kepedihannya bagaikan menanggung segunung derita. Jangan biar ia memusnahkan segala perjalanan bahagia yang pernah kita tuliskan. yakin pada tuhan... ia tidak akan pernah menganiayai umatnya. itu janji Allah..