Monday, July 25, 2011

Sekiranya telah tertulis tiada lagi kebetulan..

Suara sepi...

Melewati hari-hari di tahun 2011 begitu sepi...sesuatu yang telah hilang dan pergi. Ntah.. masih ingatkan dia pada aku ataupun jauh telah ditinggalkan memori itu. Kadang-kadang terusik juga perasan ini dalam perjalanan meniti kehidupan. Perasaan sayang yang jujur tulus itu pernah dikongsi dan diserahkan dengan ikhlas kini kian kabur bersama waktu.. Memahat nama itu dihati untuk bertahun merupakan kenangan terindah yang tidak mampu untuk aku lupakan biarpun sedayanya aku mencuba...sayang benar aku pada dia? Ya! Menyedari semua ini sekadar satu mimpi indah yang mengisi ruang perjalanan hidup, aku belajar menerima suratan ini...di azali telah tertulis begitu takdirnya tiada lagi kebetulan....
Kecewa..
Nawfasmohd

Wednesday, July 20, 2011

Impian Yang Masih Tertangguh


16 Julai 2011, (Menitipkan sejarah hidup) 

Mengagahi diri meneruskan perjuangan yang masih tertunda, impian yang masih tertangguh. Sukar untuk digambarkan rasa ini..namun begitulah. Hidup merupakan satu perjuangan kerana aku yakin rezeki tuhan itu adil, semangat yang hampir hilang, pudar kerana waktu namun aku siramkan kembali demi menyempurnakan misi yang masih tertunda. Bukan mudah! aku hampir ke situ, namun terduduk kerana tersasar di jalan itu. Ya, kali ini aku berharap agar rezeki berpihak kepada aku. Akan diperjuangkan ke titisan terakhir. Hari ini menjadi titik permulaan untuk pendakian seterusnya, terjatuh bangun lagi dan lagi...yang pasti perlumbaan ini akan berakhir.

Ya Allah berikanlah jalan itu untuk aku..
Rezeki Mu adil untuk semua..  

Impian yang masih tertangguh
~Nawfas mohd ~