Tuesday, September 20, 2011
Impian Yang Masih Tertangguh : Keputusan Peperiksaan PTD 41
Keputusan peperiksaan memasuki perkhidmatan pegawai tadbir dan dilomatik akan diumumkan pada bila-bila masa sahaja, keputusan telah berada dengan pihak SPA. Seperti email yang dihantar sebelum ini, pengumuman rasmi keputusan adalah melaui semakan online di laman sesawang www.spa.gov.my (keputusan peperiksaan). Aku sedikit teruja dan rasa tidak sabar untuk mengetahui apakah nasib aku untuk peperiksaan kali ini, besar juga harapan yang diletakkan meskipun menyedari risiko yang terpaksa aku hadapi andai perkataan 'GAGAL' dipaparkan pada skrin sepertimana yang aku lalui pada March 2010 yang lalu ' Dukacita Anda Tidak Berjaya Dalam Urusan Ini'. MashaAllah tuhan, sedih sungguh..Pilu! tetapi itulah hakikat yang aku lalui untuk tempoh dua tahun ini. Doa pada Allah yang maha Esa untuk memudahkan urusan aku pada kali ini, dan membuka peluang dan rezeki aku untuk ke perkhidmatan PTD 2011 ini. InshaAllah yakin pada rezekiNya!
Impian Yang Masih Tertangguh : Episod Baru
Penantian itu satu penyiksaan!
Sempena bulan ramadhan ini aku teruskan bersabar, setelah pengumuman rasmi daripada SPA keputusan peperiksaan PTD Julai 2011 akan diumumkan pada 23 September 2011. Tidak mampu untuk dijangkakan (dengan harapan aku lulus exam yang ini) setelah kecewa besar terkandas di interview Feb 2010. Andai takdir tertulis rezeki aku untuk dilantik ke Perkhidmatan Pegawai Tadbir Dan Diplomatik aku akan sampai juga.

Subscribe to:
Posts (Atom)