Tuesday, September 20, 2011
Impian Yang Masih Tertangguh : Keputusan Peperiksaan PTD 41
Keputusan peperiksaan memasuki perkhidmatan pegawai tadbir dan dilomatik akan diumumkan pada bila-bila masa sahaja, keputusan telah berada dengan pihak SPA. Seperti email yang dihantar sebelum ini, pengumuman rasmi keputusan adalah melaui semakan online di laman sesawang www.spa.gov.my (keputusan peperiksaan). Aku sedikit teruja dan rasa tidak sabar untuk mengetahui apakah nasib aku untuk peperiksaan kali ini, besar juga harapan yang diletakkan meskipun menyedari risiko yang terpaksa aku hadapi andai perkataan 'GAGAL' dipaparkan pada skrin sepertimana yang aku lalui pada March 2010 yang lalu ' Dukacita Anda Tidak Berjaya Dalam Urusan Ini'. MashaAllah tuhan, sedih sungguh..Pilu! tetapi itulah hakikat yang aku lalui untuk tempoh dua tahun ini. Doa pada Allah yang maha Esa untuk memudahkan urusan aku pada kali ini, dan membuka peluang dan rezeki aku untuk ke perkhidmatan PTD 2011 ini. InshaAllah yakin pada rezekiNya!
Impian Yang Masih Tertangguh : Episod Baru
Penantian itu satu penyiksaan!
Sempena bulan ramadhan ini aku teruskan bersabar, setelah pengumuman rasmi daripada SPA keputusan peperiksaan PTD Julai 2011 akan diumumkan pada 23 September 2011. Tidak mampu untuk dijangkakan (dengan harapan aku lulus exam yang ini) setelah kecewa besar terkandas di interview Feb 2010. Andai takdir tertulis rezeki aku untuk dilantik ke Perkhidmatan Pegawai Tadbir Dan Diplomatik aku akan sampai juga.

Monday, July 25, 2011
Sekiranya telah tertulis tiada lagi kebetulan..
Suara sepi...
Melewati hari-hari di tahun 2011 begitu sepi...sesuatu yang telah hilang dan pergi. Ntah.. masih ingatkan dia pada aku ataupun jauh telah ditinggalkan memori itu. Kadang-kadang terusik juga perasan ini dalam perjalanan meniti kehidupan. Perasaan sayang yang jujur tulus itu pernah dikongsi dan diserahkan dengan ikhlas kini kian kabur bersama waktu.. Memahat nama itu dihati untuk bertahun merupakan kenangan terindah yang tidak mampu untuk aku lupakan biarpun sedayanya aku mencuba...sayang benar aku pada dia? Ya! Menyedari semua ini sekadar satu mimpi indah yang mengisi ruang perjalanan hidup, aku belajar menerima suratan ini...di azali telah tertulis begitu takdirnya tiada lagi kebetulan....
Kecewa..
Nawfasmohd
Wednesday, July 20, 2011
Impian Yang Masih Tertangguh
16 Julai 2011, (Menitipkan sejarah hidup)
Mengagahi diri meneruskan perjuangan yang masih tertunda, impian yang masih tertangguh. Sukar untuk digambarkan rasa ini..namun begitulah. Hidup merupakan satu perjuangan kerana aku yakin rezeki tuhan itu adil, semangat yang hampir hilang, pudar kerana waktu namun aku siramkan kembali demi menyempurnakan misi yang masih tertunda. Bukan mudah! aku hampir ke situ, namun terduduk kerana tersasar di jalan itu. Ya, kali ini aku berharap agar rezeki berpihak kepada aku. Akan diperjuangkan ke titisan terakhir. Hari ini menjadi titik permulaan untuk pendakian seterusnya, terjatuh bangun lagi dan lagi...yang pasti perlumbaan ini akan berakhir.
Ya Allah berikanlah jalan itu untuk aku..
Rezeki Mu adil untuk semua..
Impian yang masih tertangguh
~Nawfas mohd ~
Saturday, January 1, 2011
Hembusan 2011 : Menuju Puncak!
Mimpi semalam telah berlalu.. Hari ini 1 Jan 2011 bakal melakarkan sejarahnya yang tersendiri. Episod kehidupan akan meneruskan perjalannya dengan cerita indah..InsyaAllah! Meninggalkan 2010 merupakan satu kegembiraan untuk aku. Terlalu banyak lukisan duka yang terpaksa di gagahi dalam pendakian menuju ke puncak yang unggul. Waktu-waktunya aku hampir rebah tersungkur, namun sisa semangat yang masih berbaki aku kumpulkan menjadi nadi penggerak ke arah keunggulan. Bermula dengan permulaan tahun 2010
~1 Jan : Kesedihan dalam kegembiraan
~ 3 Feb : Temuduga PTD Unggul
~ 8 March : Gagal Temuduga PTD
~ 5 March : Temuduga JXR 41
~3 Jun : Selamta tinggal sayang ku.
~ 13 July : Berakhirnya cinta yang metaforik.
~ 12 Jun : Simpanan JXR 41 (Tak kecewa sebab tak nak)
~ 8 Sept : Aidilfitri yang paling mendukakan
~ 13 Okt : DBM 1700 diliwat
~ Dec : Dipersimpangan dilema. Bila harus memilih?
Catatan episod 2010 yang sepertinya beriklim sedih. Dan pasti yang paling mengecewakan, kehilangan "mereka" yang aku sayangi dengan hati dan nafas yang berhembus.. tp itu realiti dan aku belajar untuk menerima alhandulillah aku mampu dengan pertolongan Allah.
Hembusan 2011 ini aku berdoa dengan izin Allah semoga rezeki akan berpihak untukku. Kekuatan semangat dan keyakinan yang tinggi. Memulakan hari ini dengan SENYUMAN TERINDAH!
Nawfasmohd
(1 Jan 2011)

Subscribe to:
Posts (Atom)