Dunia aku..
"Berlari ke kaki langit..mengejar mentari biarpun menyedari malam pasti datang"
Memikirkan cerita hati dan perasaan ini benar-benar memenatkan.. melewati waktu-waktu yang berlalu dengan sengsara..sehingga bila harus begini...sejauh mana ia mahu berlari..bila ia mahu berhenti..yang pasti, sehingga ke detik itu aku harus terus melakari hati yang berdarah ini dengan tangisan..tiada suara yang didengari, tiada mata yang menatapi, segalanya tidak terlihat di pancaindera. Naluri kerdil ini terus berbicara sendiri mengenai satu pertemuan itu di musim itu..kehadiran yang sewangi haruman dan mengasyikkan perasaan ini. Namun tanpa aku menduga bagai lautan, menghempas menghayutkan aku..lara dalam perasaan menjadi butiran air yang begitu indah.. Dan untuk kesekian kalinya pengemis cinta itu terus merungkai jiwa ini yang sebenarnya meronta bagaikan bernafas di dalam lumpur.. akukah akhirnya yang akan tertewas? apakah upaya diri ini meninggalkan kelukaan hati derita rasa..apakah aku bersalah??
Aku tidak terus menjadi pengemis cinta mu...
"MENGAPA HARUS BERPISAH SEDANGKAN AKU SABAR DALAM KESETIAAN....BIARKAN WAJAH RINDUKU TERDAMPAR SEPI MENUNGGU BERAKHIRNYA NAFAS INI.....Francesca Peter..
Sunday, December 27, 2009
Saturday, December 26, 2009
Anugerah hati..
Assalamualaikum dan salam kebahagiaan...
Sekadar ingin berkongsi antara karya penulisan terbaik pernah aku temui...
"TRANSKRIPSI adalah himpunan perasaan atau rasa yang menyatu dalam hidup kita selama ini. Ia ditutur lalu ditulis dan dilagukan mengikuti emosi dan ekspresi. Ia dicantumkan dari keindahan lagu dan penceritaan lirik yang nada-nadanya tercipta daripada luahan serta terjemahan hati.
Segala ekspresi yang terlahir ini adalah satu perkongsian rasa kita semua. Sipu yang manis, rajuk yang mengguris atau amarah yang menghiris. Atau rasa bahagia yang bertandang, duka yang panjang, kecewa yang mengundang jua rindu waktu bayang menghilang. Ia juga menjadi sakit yang tak nampak deritanya atau bangga yang tak diungkap sedalamnya. Perasaan menjadi pancaindera, peka pada segala, mampu merasa pada sesuatu yang tak terzahir di mata.
Apa yang perlu adalah kita mewarnakan perjalanan hari. Bila ia mahu berhenti, berhentilah dengan keindahan abadi. Kita ini insan yang impiannya melebihi ketinggian langit, yang rasa kemahuannya melebihi keupayaan yang dibangkit, yang makna kehendaknya tidak seperti upaya yang terbit. Keterbatasan inilah yang akhirnya membuat kita semua kembali ke pangkal dan berpamit.
Di atas transkrip ini, saya mengakui HIDUP PENUH BICARA dan BILA HARUS MEMILIH, jalannya penuh dilema. Di mana haluan dan di mana panduan atau ke arah mana hala? RUPANYA KITA SERUPA, kita sesama insan sentiasa CUBA UNTUK MENGERTI agar jalan bisa seiring dan tangan boleh seganding. Atas kebersamaan ini IMPIANKAN NYATA kerana seupayanya kita cuba menjadi sesuatu di antara satu sama lain.
HATI BERBISIK penuh rasa kebahagiaan di atas kehadiran kalian yang begitu besar maknanya. SITI SITU SANA SINI yang kalian jejaki memanjangkan usia keberadaan saya dalam industri ini. Segala yang ditempuh penuh warna dan saya lalui TANPA DENDAM DI HATI. Dalam sejuta ketabahan itu, adakala tertanya sendiri, BISAKAH semuanya diharungi?
PASTIKAN suatu waktu kita akan saling berdepan dengan kebahagiaan dan permasalahan yang sama namun BIARLAH RAHSIA menjadi perkara paling tersembunyi dan INTRIG CINTA akan menemui DESTINASI CINTAnya sendiri.
Dan akhirnya TRANSKRIPSI merungkai segalanya dan menjadi buah tangan teristimewa daripada saya.
Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada seluruh tenaga kerja di sebalik penghasilan album ini. Penerbit, pencipta lagu, penggubah lagu, penulis lirik, jururakam, jurutera bunyi, penyanyi latar dan pemuzik, nama serta kerja kalian semuanya sudah tercatat di sini. Saya amat berterima kasih dan berbesar hati.
Pengorbanan mak, abah, seluruh keluarga dan kakitangan SNP serta pengedar album (belum tau…) setiap apa yang telah dicurahkan akan saya ingati, moga usaha kita diberkati.
Para peminat di mana jua yang sudah lama menanti dan memberi inspirasi, abadikan TRANSKRIPSI di hati.
Pihak media cetak, media elektronik dan juruhebah di dalam mahupun di luar negara, terima kasih di atas sokongan yang diberikan selama ini. Album ini tanda perjuangan saya belum berhenti."

Semoga berpuas hati. Salam sayang buat semua.
Siti Nurhaliza
Copyright © Siti Nurhaliza Productions (M) Sdn. Bhd. All rights reserved.

Tuesday, December 22, 2009
Positif itu penting
Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang,
Izinkan rahmatmu menghujani insan yang bernurani gundah ini menitipkan cerita hati yang pertama dengan ilham yang mencurah..I/Allah.
Di waktu menghadapi saat-saat yang paling sukar di dalam hidup aku cuba kuatkan semangat yang masih berbekal di lewat usia 26! Cuba untuk melalui hari dengan sepositif yang mungkin sebisa yang mampu sekudrat yang ada. Sembunyikan segala rasa yang tidak enak itu jauh kebenak perasaan. biar wajah terus berbicara dengan bahasa bahagia..biar alam mengetahui yang aku tidak berduka walau hakikatnya aku seperti mahu terus terbang pergi.. hari masih berbaki 9 untuk dilalui dan diwarnai bagi 2009 ini! harapan agar angka sembilan ini membawa semangat secara spiritual untuk aku, seluruh umat islam dan umat manusia amnya. pertarungan dengan perasaan sendiri adalah hal yang paling memenatkan aku kira, terlalu bersimpang siur penuh emosi yang terlibat. kalanya aku merasakan diri ini terlalu kerdil untuk berlawan dengan dugaan yang seperti ini..aku memerlukan teman-teman yang mampu untuk terbang bersama biarpun dengan sayap yang terluka. di mana mereka pada waktu-waktu begini. kalian amat-amat aku perlukan.. perbualan biasa di udara bersama teman sekuliah yang sentiasa cuba untuk mengerti diri ini ternyata sedikit memberikan kekuatan untuk melalui 22 december ini dengan baik berbaki keringat dan semagat hari yang kian luntur dengan tekanan emosi ini. yang jelas..kerja memberikan aku keselesaan..memberikan aku ruang untuk menampal terjahan suara dari jiwa yang ntah datangnya dari dasar mana.. semoga 2009 ini akan berakhir dengan senyuman yang sempurna..hampir setiap perjalanan hari aku diatur dengan baik pada tahun ini, bermula dengan kerja yang baik..rumah yang aman..teman-teman sejiwa yang hebat.. terima kasih untuk kalian..ini biar tuhan yang memberikan ganjarannya.. dengan tulisan ini sudah cukup menceritakan betapa kalian begitu berharga di dalam hidup ini.aku sisipkan doa-doa yang terbaik untuk kalian..dan sehinggalah detik ini hadir dengan nota berdarah. ini akan aku singkapkan pada post yang berikutnya...I/Allah. Syukran Jazillan

Monday, December 21, 2009
Subscribe to:
Posts (Atom)