Perasaan...
Satu rasa yang seringkali kita renungi dengan akal dan terjemahan fikiran apakah ironinya kewujudan perasaan pada naluri ciptaan tuhan yang bernama INSAN. Perasaan hadir dalam pelbagai keadaan, berbeza waktu, bersama ketika... sekali ia menerawangi hati, tiada siapa yang mampu menghalanginya, hanya kuasa Allah sahaja yang mampu mengakhiri rasa itu.
Anugerah perasaan itulah yang melahirkan rasa cinta..bahagia dan kasih sayang sesama insan. Dari anugerah perasaan itu jugalah manusia menyambung kehidupan, melahirkan wajah kehidupan...lahirnya usia yang berpanjangan dan rezeki yang berterusan. Dari anugerah itu jugalah manusia merasakan kesedihan..kekecewaan dan kelukaan...kerana itu jangan pernah kita menyesali pada kehadiran perasaan, belajarlah untuk menerima rasa itu biarpun kepedihannya bagaikan menanggung segunung derita. Jangan biar ia memusnahkan segala perjalanan bahagia yang pernah kita tuliskan. yakin pada tuhan... ia tidak akan pernah menganiayai umatnya. itu janji Allah..
No comments:
Post a Comment