Wednesday, March 17, 2010

TOP HOST TV3


Terlenakah aku tuhan...

Saya merasa terpanggil dengan seruan hati untuk memberikan sumbang bakti daripada anugerah bakat, kebolehan, dan kesungguhan diri yang tinggi berbekalkan keunikan suara dan keaslian personaliti. Eleman ini bersatu dan menjadi ramuan terbaik untuk diri ini merebut peluang dalam usaha untuk berkongsi kebolehan diri yang ada demi mengejar impian dan mencapai potensi diri yang maksima. Hasrat ini tidak pernah pudar biarpun meranjaui hari di bidang yang berbeza. unsur ini bersatu dengan segala peluang yang ada sehingga ke detik ini dan hadirnya TV3 bersama Top Host 2010 yang begitu lama saya nantikan, membilang hari semoga peluang terbaik ini hadir birpun untuk sedetik nafas! Segala keinginan ini akan saya terjemahkan kepada realiti dalam perjalanan menuju ke tempat yang ungggul. Restu dan iringan doa yang tidak pernah berakhir daripada teman sejiwa mengukuhkan hati ini peluang terindah dihadirkan TV3 ini akan berjaya saya gapai dan menjadi TOP HOST 2010 seterusnya mewarnai dunia dengan senyuman terindah!


Terlalu asyik mengejar bintang di langit...
Aku terlupa pasir di bumi..
MasyaAllah tersasar....
Aku terlepas peluang ini untuk ke TV3.
Aku kesal kerana karya ini tidak bepeluang pun untuk dinilai.
PTD! pemusnah segala!

Nawfasmohd

No comments:

Post a Comment