Saturday, May 15, 2010
Menanti hari esok..
"Beratnya hati ini...tetapi apakan daya aku terpaksa..."
Pada ketika ini aku tidak pasti perasaanku yang sebenar.. suka atau duka. Yang pasti, dada terasa sebak dan benak bagaikan dihimpit..Tuhan, hidup ini penuh dengan pencarian dan aku kadangkala tidak pasti apa yang dicari.. cuba untuk mencari kebahagian yang tidak pasti.. seringkali terjatuh dan tersungkur rebah.. Namun aku tidak pernah serik! Dan mungkin... pencarian ini akan berhasil?? dan aku akan tersenyum sepanjang hari, berdoa agar hujan tidak turun di tengah hari.. Tp yang terindah itu hanya sementara.. realistik Ver!
Akan ku teruskan langkah ini mencari kehidupan.. buat kali terakhir ingin ku mengucapkan semoga berbahagia selalu.. sekali ku melangkah biarlah ku teruskan perjalanan ini biarpun sendirian, hanya tuhan yang tahu dukalara hidup ini..
......kerana terluka aku kini terus berteman sepi....
Nawfasmohd
15 Mei 2010
12.35 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment