Sunday, January 17, 2010

Kehilangan..


Bagaikan gugur lumpuh segala tenaga lelaki yang masih berbekal ini..

Saat untuk aku kehilangannya semakin menghampiri.. Entah apa kuasa yang dimilikinya, setiap saat waktu yang diluangkan bersamanya bagaikan terhapus segala luka..segalanya indah seperti bintang yang menerangi segala kesedihan.. airmata seolah-oleh hilang arusnya. Terlalu bahagia untuk aku lukiskan biarpun menyedari mimpi dan realiti itu dua perkara yang berbeza.. Ya aku tidak akan pernah sampai ke puncak itu..tidak akan pernah! benar memilukan! Intan permata makin berkilau sinarnya, mata hanya mampu memandang mengutipnya sekadar menambah luka..andai aku tahu pertemuan ini sekadar menyakitkan tidak akan terus melayan perasaan sayang ini..


Biarku mengingatimu..biarku gantung harapan hingga sampai waktu....
Nafas terakhir ku...

Nawfas Mohd
Ahad/ 17 Jan 2010

4 comments:

  1. Pertemuan dan perpisah akan sering menjelma... Bisikkan kepada ombak, sampaikan pada bayu, alunkan pada angin, laungkan pada semua bahawa daku tidak akan pernah melupakannya biarpun sampai nafas berakhir...

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. Yang hadir dan pergi umpama warna2 pelangi yang mewarnai kanvas hidup,mencoret warna2 menawan.

    Lihat dari sudut indah...

    ReplyDelete
  4. Warnai perjalanan hari.. seperti kanvas hidup.
    Biarpun sampai nafas berakhir. Dalam tu maknanya

    ReplyDelete