Menikmati secawan teh panas di warong petronas terasanya hingga ke waktu ini.
Banyak yang dibicarakan..tentang kehidupan tentang semangat...aturan perjalanan..jodoh pertemuan. Sejenak membiarkan diri melayani hati kalanya begitu mengasyikkan. Rasa untuk menyintai seseorang itu bukan satu kesalahan aku kira. semua antara kita berhak untuk memiliki rasa itu.. mungkin kebahagiaan bagi sesetengah individu itu diperolehi dengan cara yang sebegitu. Hakikatnya bukan mudah untuk menyemai rasa itu....rasa cinta, rasa untuk dimiliki dan memiliki. Kerana itu semua diantara kita berhak untuk menikmati rasa itu dan mewarnai saat itu dengan keindahan walaupun perjalanan bahagia itu beranjau dan dikecapi dengan cara yang berbeza... dan mungkin ada yang senang untuk meneruskan kelangsungan hidup dengan kekal bersendirian.. itu juga hak mutlak seseorang itu. Jangan kita terus menerjah mereka dengan persoalan-persoalan yang sukar untuk mencari jawapannya.
Tinggalkan fikiran kita yang primitif itu...
Sekali melangkah kita akan terus melangkah.....
That's right...
ReplyDeleteJangan pernah berhenti berharap kerana harapan itu adalah sumber kekuatan dan jangan pernah berhenti berdoa kerana doa senjata orang beriman
We only have one life..but with plenty of choices
Dunia belum berakhir =)
Jangan pernah berhenti berharap..
ReplyDeleteT/Kasih.